Assalamualaikum sahabat ku
Antara ciri-ciri kebangkitan para pemuda dan pemudi Islam ini adalah kebangkitan yang bukan hanya berdasarkan semangat, kata-kata dan slogan-slogan bahkan merupakan kebangkitan yang terbina atas dasar berpegang teguh dengan hukum-hakam,adab-adab serta perkara-perkara sunat dan yang digalakkan Islam. Dan sepatutnya mereka dipuji kerana telah menghidupkan sunnah-sunnah, adab-adab yang telah pun luput dari kalangan pelajar-pelajar Islam melainkan segelintir sahaja. Bahkan mereka juga meluaskan dan mengembangkan perkara tersebut ( iaitu sunnah dan adab ) tadi dari lingkungan yang sempit ( di kalangan masyarakat dengan cara mempopularkan dan menjadikan budaya ) dan menzahirkannya kepada seluruh masyarakat kita – setelah sekian lama menghilang – dan mereka inilah yang dinyatakan di dalam al-Qur'an, surah at-Taubah ayat 112 :
Yang bermaksud :
Maka bertitik tolak dari keadaan ini, maka berkembanglah kelompok-kelompok di universiti-universiti, di sekolah-sekolah. Dan dengan usaha gigih mereka dalam kelompok-kelompok ini; terdirilah masjid di tempat-tempat tersebut, azan dikumandangkan, solat Jumaat dan berjemaah didirikan, pemakaian tudung semakin meluas di kalangan pemudi Islam – bahkan berpurdah, malah buku-buku dan artikel-artikel Islamik tersebar dengan meluas dan tersohorlah golongan pemuda yang bersifat Rabbani malah berpegang teguh dengan sifat ini yang pada realitinya merupakan satu perkara yang cukup hebat dan bernilai di tanah Arab dan bagi umat Islam.
